NOTA

DEFINISI KOMPUTER

  • Alat atau mesin automatik yang boleh menerima arahan, memproses arahan, menyimpan semua maklumat untuk kegunaan kemudian dan seterusnya mengeluarkan satu keputusan untuk tatapan kita. 
  • Segala maklumat yang diterima dipanggil input danmaklumat atau keputusan yang dihasilkan dikenali sebagai output. 
  • Mempunyai ingatan supaya boleh menyimpan maklumat dan memanggilnya kembali bila-bila masa apabila diperlukan. 

 

PAPARAN (MONITOR)

  • Berfungsi untuk memaparkan maklumat. 
  • Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan komputer, tayangan filem dan sebagainya.

 

PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) 

  • Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa yang terdapat pada mesin taip.
  • Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam komputer.


TETIKUS (MOUSE) 
  • Untuk menunjuk posisi kursor pada layar komputer .
  • Tetikus mempunyai 3 bahagian iaitu kabel tetikus, butang kanan dan butang kiri. 

 

PEMBESAR SUARA (SPEAKER)

  • Mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio 
  • Contohnya bunyi muzik, untuk menarik perhatian pengguna.     


 
PENCETAK (PRINTER)

  • Mengeluarkan maklumat dalam bentuk salinan kertas.  
  • Juga dikenali sebagai pengeluar hard copy.  
  • Salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy .


SISTEM UNIT (CPU)
  • Bertindak sebagai pengawal dalam melakukan segala operasi komputer.
  • Memproses data dalam sistem komputer.
  • Menterjemahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer  lain.
 


0 comments:

Post a Comment